Genap usianya 18 tahun dia ditunangkan. Kaedah yang digunapakai oleh Ma dan Ba adalah ‘family arrangement’. Bukan tidak kecewa malah rasa sebal sama tebal dengan rasa menyesal. Belum sempat cincin panas di jari, dia sudah putus tunang. Atau istilah paling tepat dia diputuskan tunang oleh Encik tunang paksa tanpa rela.
Medinna, selama lima tahun cerita putus tunang itu dia simpan sendiri. Diam dalam tenang. Sementelah bekas tunang juga hilang lima tahun di bumi asing. Bahagia rasanya tetapi bila keluarga sesekali mengusik tentang pertunangan dia jadi kelu seribu bahasa.
Orang tak sudi, tak dia nak sua diri!
Akhirnya, bekas tunang muncul semula. Dengan satu harapan. Pertunangan harus diakhiri dengan pernikahan. Medinna Yasmine mula resah. Tidak senang duduk jadinya. Pandai pula Encik Bekas Tunang mengeksploitasikan status putus tunang tidak rasmi lima tahun lepas.
Keluarga sudah mula merancang, Medinna Yasmine juga merancang.
“Awak dah buang saya semudah ABC kemudian awak nak saya balik sesenang AlifBaTa!”
“Apapun awak tetap tunang saya.”
“Jangan mimpi.”
“Mimpi bersama awak selalu.”
“Gila.”
“Gila sebab awak juga!”
Medinna terdiam. Hati dah beku. Sama beku dengan tasik antartika!
Mr. Fayyadh Muzammil, setakat penunu Bunsen cap ayam hati Miss Medinna takkan cair!
best... nak full enovel....
ReplyDelete