Tuesday, 21 May 2013

Prolog Sandwich Laici

Prolog
Skrin leper jenama Acer kelam. Salam kelam dengan fikirannya sekarang. Bibirnya terkumat kamit. Habis segala doa dia redah. Sikit lagi doa tahlil pun boleh terluncur di bibir mungil dia. Sejak menerima panggilan telefon daripada Abang Long, hidupnya jadi serba tidak kena. Berdiri salah, duduk pun salah. Semuanya gara-gara satu nama. Ya, satu nama. Hati tiba-tiba dipagut pilu. Kisah lima tahun lepas bagaikan skrin layar Samsung 32 inci elok terbentang dalam kotak fikiran.
            “Dia dah balik.”
            Impak macam meteor hentam bumi. Hatinya kena hentam dengan ayat-ayat Along.
            Takkanlah? Tapi, lelaki itu tetap warganegara Malaysia. Jauh mana pun lelaki itu merantau pasti akan balik Malaysia juga. Keluarga dia dekat sini. Dan…
            Bekas tunang dia pun ada dekat Malaysia jugak!
            “Bila?” sepatah.
            “Dah dua minggu.” Along selamba.
            “Ohh…”
            Dah balik, baliklah. Habis takkan nak bersambut berkompang bagai. Hello, lelaki itu bukannya wira Negara pun.
            “Tak nak jumpa?”
            Edinn geleng. Sumpah! Tak nak!
            “Edinn?” Along di hujung talian sudah tergelak.
            Edinn tarik muka masam. Along!
            “Mati hidup balik kemudian mati balik, acu takkan jumpa dia!”
            Along gelak lagi. Kali ini lagi panjang. Betullah, along tempah maut dengan Edinn.
            “Acu dah lupa?”
            “What?” dua tiga orang di sebelah Edinn sudah terangkat-angkat kening. Ada Edinn kisah. Ini bukan perpustakaan. Ini MPH!
            Along surut gelaknya. Adik yang sorang ni sejak bila hilang ingatan.
            “Acu kan tunang dia.”
            Damn!
            “Pembetulan. Bekas yer along.” Sinis Edinn bersuara.
            It’s unofficially sayang.”
            Along dengar keluhan di talian sana. Edinn terjerat. Dan talian putus begitu saja!

Along bersandar di kerusi. Samsung S4 warna Perak itu diletakkan perlahan di atas meja. Talian putus tanpa salam dari adik tersayang. Acu, kalau dah marah dunia pun boleh terbalik. Perangai adik bongsu yang berlawanan fitrah.
            “Macamana?” wajah Muiz ditatap tenang. Gelodak hati dah macam tsunami.
            Along geleng. “Negatif.” Sepatah dan dia faham.
            “Habis macamana?”
            “Salah sendiri kan.” Along pulangkan buah keras!
            Keningnya terangkat sebelah. “Dia marah?”
            Along geleng. Syukur.
            “Dia Cuma…”
            Matanya beku. Alahai member main ayat putus-putus pulak.
            “Dendam”
            Sepatah. Dia cuma nampak harapan tinggal harapan!
           
Balik dengan tangan kosong. Makan tengahari pun hilang selera. Besar betul impak lelaki itu. Sampai boleh hilang selera. Bukan setakat selera, aura membunuh pun dah menyala. Baru rasa bahagia, along ni betullah. Pemusnah bahagia!
            Along?
            Dah along yang bawa khabar buruk tu. Jadinya sedikit sebanyak along pun ada saham jugak.
“Cik Edinn?” Medinna tersentak. Pen di tangan terlepas. Matanya mencerun kepada Layla, salah seorang Penolong Jurutera seliaannya.
            Layla rasa sudah hampir lima minit dia tercongok di depan Jurutera Mekanikal yang manis ini. Raut wajah yang ala-ala orang tertelan jeruk itu yang ditayangkan. Amat jarang dia lihat cik Edinn jadi macam ni. Kena sampuk masa lawat tapak ker? Haru!
            “Err… kenapa yer Layla?” tanya Edinn. Sungguh, otak jadi kelam kabut dah ni.
            Layla tersenyum. Sah! Cik Edinn kena sampuk.
            “Saya tanya, mesyuarat tapak projek dekat Sabak Bernam tu jadi ker nak buat petang ni?”
            Sekali lagi Edinn kerut dahi.
            “Batal.”
            Sepatah dan Layla angguk. Bukan tak ada persoalan, malah banyak sangat tanda soal tengah menyala atas kepala Layla tapi dia tangguhkan dulu. Cik Edinn tengah serabut tu. Jangan tambah serabut dengan soalan-soalan luar status projek.
            “Okey.”
            Layla berpaling mahu melangkah.
            “Layla…” Edinn memanggil.
            Langkah setapak Layla terhenti. Kalih dan menatap wajah gadis berusia 27 tahun itu.
            “Kalau orang yang kita benci sudah kembali, macamana kita nak sambut yer?”
            Kali ini Layla pula yang kerut dahi.
            “Benci sangat ke?”
            Edinn tersandar. Tak tahu nak jawab.
            “Maafkan dia cik Edinn. Sedangkan Nabi pun ampunkan umatnya.”
            Edinn mengeluh. “Saya bukan Nabi, Layla.” Gumam Edinn perlahan.
            “Apa yang dia buat sampai cik Edinn benci tiada ampun?”
            Edinn menghela nafas. Apa dia buat?
            Kenangan 9 tahun lepas dah rewind!
            Sakitnya hati masa tu!

Lima tahun lepas.
Lokasi Lapangan Terbang Antarabangsa Malaysia. Pukul 8.30 malam

Medinna masih lagi menunduk, menekur lantai yang berkilat. Jari masih mengusap cincin di jari manis. Belum cukup 48 jam cincin itu bertamu di jari. Majlis malam semalam, dan hari ini dia jadi mangsa keadaan dan terpacak macam robot dekat sini.
Suara pengumuman bergema. Panggilan untuk penumpang ke Bangkok. Yang pasti dia mohon supaya panggilan ke London cepat-cepat diumumkan. Supaya cepat sikit si galah bajet bagus ni hilang dari mata dia. Rimas yang bukan sedikit. Main tenung-tenung. Kemudian jeling-jeling. Sudahnya, membara dalam hati!
Akhirnya…
Suara berbahasa melayu sudah menyeru penumpang MAS yang akan ke bumi manusia berkulit putih itu. Dia mengerling jam di tangan. Ada sedikit lagi waktu. Dia angkat muka, toleh ke kanan. Ma dan Ba sedang galak bercerita dengan bakal besan. Nampak rancak pulak tu. Rabung bukan main lagi! Haih!
Tinggallah dia terkulat-kulat sorang diri di tepi vendor machine. Eh, berdua tapi gayanya macam sorang aje. Silaplah, kalau tahu begini jadinya harus diseret Angah sama.
Bosan! Biar sama-sama bosan!
 Hey, little girl!” Medinna mendongak. Amboi, little girl awak panggil saya. Nak aje dia menyahut, hey Giant! Biar kena dengan gayanya. Tah, ingat besar sangat gamaknya. Harap tinggi aje macam galah!
Lelaki itu memetik jari di depan mukanya. Edinn tersentak. Huisy, main petik jari. Ini kalau dia ada gen melatah muka mamat ni harus berbintang lima jari. Main suka hati petik jari aje. Edinn menjeling geram!
 “Umur berapa?” amboi nada. Lipastikus betul ni. Edinn angkat muka. Keningnya jungkit
sebelah.
             “18.” Sepatah. Datar.
             “Muda lagi…” gumam lelaki itu.
 So what? Nak aje Edinn tanya. Mata sempat melirik pada Ma dan Ba serta pakatan Uncle Muhsin dan Auntie Asmah. Semalam, beria suruh practice panggil Umi dengan Walid. Mahu tergeliat lidah. Tapi disebabkan Angah dah jegil mata, Along dah terangkat-angkat kening, makanya lidah Edinn lancar terus!
Ajaib!
            “Bagi balik cincin tu.” Selamba dan dengan muka toya!
Haah?!
            Nadanya tenang. Edinn tergamam. Telinga belum salah dengar.
            “Ni?” jari Edinn sua.
            “Yup.” Lagi sekali Edinn rasa nak pitam.
            Encik Tunang ni main-main ker buat lawak demo kartunis Ujang?
            “Cincin tu tak layak untuk awak, little girl!”
Dump! Rasa macam kepala libas dengan kayu pemain besbol aje.
            Edinn telan liur. Patutlah diam aje tadi. Tengah susun strategi rupanya. Cincin di jari dikerling. Ada tiga batu. Kata Angah, mewakili tiga perkataan
I Love You.
Bagi Edinn, I Hate You!
Entah ler, kata Ma itu berlian. Huisy, kaya bebenor ler keluarga bakal mentua. Tunang aje bagi berlian. Atau berlian made in Zhullian?
                “Awak masih terlalu muda untuk semua itu. Kenapa awak tak tolak aje? Ker awak memang dah gatal nak bersuami?” Tersentap, tersentak dan rasa nak bagi sedas dua dekat muka mamat eksen bukan main lagi.
                Edinn pandang dengan mata beku. Kata Abang Long, mamat ni umur 24 tahun. Tapi… huh, perangainya macam budak umur 14 tahun je.
“Habis, awak ingat… Saya ni nak sangat jadi tunang awak ke?” selamba Edinn membalas. Hello, 18 tahun hidup dekat dunia rasanya dah matang. Dah boleh tahu gaya orang sinis dengan gaya orang cakap tak pakai otak!
            Lelaki itu senyum senget. Tambah sakit di hati Edinn.
“Typical Malay girl. Anak solehah?”
Sabar Edinn… sabar!
            You too. Typical Malay boy. Anak soleh, isnt’ it?” Edinn berpeluk tubuh. Cuba mengawal suhu dalam badan.  Ingat dia sorang belajar ilmu nak siniskan orang.
             Pengumuman kali kedua. Lelaki itu menggalas begpack.
“Bagi balik cincin tu.” Betullah mamat ni. Edinn menghela nafas. Tangan laju mencabut cincin yang selamat bertapa hanya semalam aje dekat jari manis.
                “Encik Fayyadh Muzammil, cincin ni memang tak layak untuk saya. Sama macam awak tak layak untuk saya.”
Tegas. Sedih? Buang masa aje.
            Definitely agreed!” cincin beralih tangan.
            Edinn tahan nafas. “Mulai sekarang, kita putus tunang.”
            “Deal!” sahut Edinn dengan gembira.
            Dan lelaki yang hanya 48 jam bergelar tunangannya itu terus berlalu tanpa menoleh!
            Dan…
            Edinn juga melangkah membelakangi lelaki itu tanpa berpaling.
            Dia kemudian tersenyum kepada Ma dan Ba.
           

3 comments:

  1. ohohoho.....zalim la itu Ayyad....jahat neh...luku kepala 2 kang baru tau...harap umur je banyak...otak singkat...sabar eh edinn nanti kite kenekan dia cukup2 neh

    ReplyDelete
  2. cian eddin....aik jilat ludah sendiri ker encik ex-tunang unofficially.... citer best...keep it up :)

    ReplyDelete
  3. Muiz ni sama org dgn Fayyad Muzzammil yer?

    Tak sabar nak baca bagaimana Meddina gets back her sweet revenge...

    Pls no maaf2 first sebelum karatedo, aikiddo, slamdung, backhand, silat rimau, silat gayung dsbnya..... Then baru ucapkan ayat, "I dah lama memaafkan u"..... Hahahaha.... sadis kan!

    ReplyDelete